China Akan Membina Kereta Api Tanpa Pemandu Dan Tanpa Laluan Rel

Tanpa Pemandu dan tanpa laluan rel merupakan sebuah lagi alternatif yang bakal China bina untuk atasi masalah di jalan raya. Konsep membinaan kenderaan ini mengabungkan Kereta Api, bas dan trem dalam sebuah kenderaan yang diberi nama Autonomous Rail Rapid Transit (ART). Namun kenderaan ini hanya boleh melalui laluan khas yang di tandakan dengan garisan putih putus-putus.

ART menggunakan sepenuhnya tenaga eletrik dan mampu membawa sejauh 40 kilometer sekiranya di cas penuh. Untuk model pertama kenderaan ini, ianya mampu menampung seramai 300 penumpang. Kenderaan ini juga hanya menggunakan tayar getah seperti kenderaan yang kita gunakan sekarang.

Berdasarkan media China Xinhua, kos pembinaan ART ini lebih murah berbanding pembinaan laluan bawah tanah. Laluan ART akan dibina sepanjang 6.5 Kilometer di bandar Zhuzhou dan dijangkakan ART mula beroperasi bermula pada tahun 2018

 

This entry was posted in Teknologi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *