Pekerjaan Mulia di India Ini Hanya Di Bayar RM19.21 Sehari

Sekiranya anda selalu mengeluh dengan kerja yang terlalu banyak dan membuatkan anda tertekan, anda perlu ingat pada seorang insan yang bernama Devi Lal. Ketika Devi berusia 43 tahun, beliau merupakan seorang penyelam di saluran pembentungan bertujuan untuk membersihkan saluran yang bermasalah. Perkerjaan seperti ini merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia kerana mereka membantu menjaga kebersihan.

Namun, beliau hanya di bayar RM19.21 sehari untuk kerja-kerja yang tidak semua orang mampu untuk melakukannya.  Pekerjaan ini juga membuatkan mereka terdedah pada pencemaran yang sangat merbahaya dan dianggarkan seramai 61 penyelam telah mati selama 6 bulan.

India merupakan salah satu negara yang mempunyai ekonomi paling pesat berkembang di dunia. Tetapi kemiskinan masih meluas dengan anggaran 42.5 peratus daripada kanak-kanak yang menderita malnutrisi.

Menurut data 2010 dari United Nations Development Programme, kira-kira 37.2 peratus kaum India hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan dengan 68.7 peratus yang masih hidup dengan kurang daripada $ 2 sehari.

This entry was posted in Kehidupan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *