Bahaya Berkongsi Gambar Raya Di Media Sosial

Sememangnya di hari raya ini satu perkara yang amat mengembirakan kita semua. Ada keluarga yang berpeluang berjumpa dua tahun sekali, ada yang hanya setahun sekali dan peluang inilah yang kita gunakan untuk kita merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.

Dulu kita pernah diingatkan untuk berhati-hati berkongsi gambar dimedia sosial, tapi mungkin hari ini ramai yang sudah lupa. Namun ianya bukanlah satu masalah jika perkongsian gambar kita mampu kawal dan berfikir perlu atau tidak.

Perlu diingatkan kawan dilaman sosial bukan semuanya “kawan”. Kerana gambar kita mungkin akan disalah gunakan oleh pihak lain seperti mengubah, menyimpan tanpa pengetahuan kita dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Mengubah Gambar

Gambar kita mungkin akan diubah menjadi seksi, berbogel dan sebagainya untuk memuaskan nafsu individu. Sekiranya kita imbas kembali pada tahun 2016, gambar Mira Filzah telah diubah dan ini mampu menjatuhkan reputasi beliau.

Menyimpan Tanpa Pengetahuan Pemilik

Sekiranya gambar yang kita kongsikan mempunyai ciri-ciri negatif seperti seksi, menghairahkan dan sebagainya. Ianya mungkin akan dimuat turun oleh orang lain dan sukar untuk kita padam. Akan menjadi lebih teruk sekiranya individu tersebut menyebarkan gambar kita dan menjadi viral.

Digunakan untuk tujuan tertentu

Gambar kita mungkin akan digunakan sebagai testimoni palsu, akaun palsu seperti #RespectMyPM dan sebagainya.

Tidak salah untuk berkongsi dengan tujuan untuk berkongsi kemeriahan raya. Namun perlulah kita fikirkan adakah gambar tersebut mempunyai ciri-ciri negatif?

 

This entry was posted in Kehidupan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *